12:52 PM 12/31/2007 Penyiaran Artikel Ini boleh disiarkan dimana-mana saja termasuk blog asalkan nama dan alamat penulis dibawah dikekal.
Counter Stats
MySpace Graphics
Pesanan Mustahak Dari Seorang Isteri
Pelukan Ikhlas dari Suami
"Sebelum berumahtangga dulu, tergila-gila dan termimpi-mimpi nak peluk aku. Sekarang dah kahwin, dah ada anak berderet, nak minta peluk pun susah", keluhan ramai isteri. Adakah anda salah seorang daripada mereka. Teruskan membaca artikel ini.
Dalam kita mengejar keperluan hidup dan membenamkan minda kita kepada kerja dan mencari rezeki untuk anak dan isteri tersayang, kaum bapa selalu terlupa satu perkara - kurangnya memberi pelukan manja kepada isteri sebelum pergi dan sesudah pulang dari pekerjaan. Susah sangat ke permintaan ini, wahai kaum Adam?
Keluhan inilah yang sering saya dengar di majlis-majlis seminar dan bengkel yang pernah saya ikuti dan anjurkan. Ianya nampak remeh tetapi perlu dan amat berkesan untuk menjalin perhubungan suami-isteri yang lebih utuh.
Pernah saya terbaca di artikel tertentu bahawa seseorang suami yang mengamalkan memeluk isterinya, maka beliau diberi nikmat dan ganjaran mendapat panjang umur bonus selama lima tahun.
Kan bagus! Pihak suami lebih tenang bila ditempat kerja dan pihak isteri telah dibakar semangatnya untuk terus berkhidmat untuk suami dan keluarga tersayang. Alangkah senangnya tip yang saya sebutkan disini. Pihak suami dapat panjang umur dan isteri lebih menyayangi beliau.
Tetapi kenapakah kegiatan harian sebegini diambil remeh oleh pihak suami dan pihak isteri pula gagal melahirkan keinginan beliau dipeluk suami sebelum pergi dan sesudah pulang dari kerja?
Sifat Kemaafan Yang Tinggi
Setiap pasangan digalakkan oleh pakar motivasi, guru, a'lim ulama' dan kaunselor untuk memaafkan pasangan mereka setiap kali selepas berdoa dan meminta ampun dan berterima kasih atas nikmat yang Allah diberikan sepanjang hari sebelum melelapkan mata sebelum kita menikmati mati sementara iaitu tidur. Selain itu, kita juga diingatkan untuk mengucap syukur dan selawat atas Junjungan Besar Kita, Nabi Muhammad s.a.w untuk nikmat hidup dan keamanan.
Disini, ramai yang gagal berbuat demikian. Jika mereka ada perselisihan faham disiang hari, ianya terbawa-bawa melebihi masa yang telah ditetapkan oleh sistem Allah s.w.t. iaitu 48 jam. Mereka suka mendengar hasutan syaitan yang dikutuk Allah s.w.t. iaitu memperpanjangkan sengketa tersebut melebihi had masa tersebut. Terjadilah perang dingin yang sebenarnya tidak diinginkan oleh kedua-dua belah pihak.
Bayangkan kalau salah seorang pihak suami atau isteri megamalkan sifat mulia iaitu mempunyai sifat kemaafan yang tinggi - kerana dia 'sedar' bahawasanya dia seorang hamba Allah, dia akan mengalah dan perjelaskan (kemahiran komunikasi berkesan yang saya kongsi bersama dalam kursus "Keibubapaan Berjaya Modul Tiga") kehendak dia dengan mulakan ucapan yang keluar dari mulutnya seperti berikut,
“Wahai isteriku tersayang, Abg khilaf dan Abg minta maaf. Tapi Abg kurang jelas apa sebenarnya yang isteri abg inginkan sampai kita tidak bertegur sama sekian lama. Tolong terangkan dan jelaskan kelemahan Abg?”
Teknik disini mempunyai tiga tujuan.
1. Hasutan syaitan: Buat apa Aku merendah diri?
Jawapan: Merendah diri tidak bererti kalah. Kita sedar yang kita mudah tersasar dengan hasutan syaitan. Kita nak selamatkan keadaan dengan mengikuti sunnah Allah dan Rasulnya. Kita harus kembali berkata-berkata secara mesra semula dengan isteri kita dalam tempuh 48 jam.
2. Hasutan syaitan: Bukan salah Aku?
Jawapan: Betul! Apa yang kita fikirkan benar adalah benar. Itu saja. Tetapi disini bukan mahkamah muktamad! Puncanya adalah penyampai tidak menberi maklumat yang tepat dan penerima maklumat mencanang maklumat yang salah terutama setelah disuntik oleh hasutan syaitan. Perbetulkan persepsi maklumat tersebut dan masalah akan terhurai.
3. Hasutan syaitan: Malulah Aku kalau aku buka mulut dulu!
Jawapan: Malu tidak bertempat! Malu hanya untuk Allah, Rasul dan AgamaNya. Kita buat maksiat, kita harus malu pada Allah Ta'ala yang tumpangkan kita dibumi jadianNya. Kita harus malu pada Allah saja bukan manusia. Itulah penyakit yang sedang melanda umat Islam sekarang ini - Malu tidak bertempat!!
Saya bermohon dengan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w agar saya senantiasa dilindungi daripada hasutan syaitan dan iblis yang direjam.
Wallahu' A'lam.
Penulis
Lukman Yusoff Bin Osman
Pakar Perunding Motivasi, Keibubapaan, Belia, Komunikasi, Perniagaan, Pembimbing ‘Maju Bersama Internet’
Email: Lukman@megnideas.com
Tel: +65 9123 6707
+6016 759 1153
+65 9336 3561
Copyright @ 2004 - 2008 MEG ‘N’ IDEAS